Thursday, April 16, 2009

Ra!saH KaMi...


Nama :Wan Mas Syamila Bt Wan Zaharuddin
Alamat :Tanah Merah Kelantan Darul Naim
T.Lahir :20 Oktober 1994
Email :

Ucapan:Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kelas 3p1 dapat melahirkan blog khusus.Ana mengharap blog ini bermanfaat buat semua insyaallah.Ana mendoakan untuk semua pelajar mada khususon buat pelajar 3p1 maju dan berjaya dunia dan akhirat.Amiin....Semoga ukhwah yang kita bina selama ini kekalan hinga hujung nyawa.Insyaallah...Dengan penuh sukacitanya Ana mengucapkan terima kasih buat teman-teman yang berusaha melahirkan laman sr!kandi 3p1 ini,dan tidak lupa buat astizah wal ustazah yang banyak menyokong kami dari belakang.Syukran jazakallahu khairan jaza'....wallahua'lam...






Wednesday, April 15, 2009

UsTAzah Kami...


nama :Diyana bt Ismail
Alamat :Lot 1082,Kg Pengkalan kubur Salor,15100 Kota Bharu Kelantan
Tarikh Lahir:1 Disember 1986
Email:qairyna_wildani@hotmail.com

Ucapan:sesuatu yang diimpikan tak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang diduga berlaku dengan tiba-tiba,biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usahlah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan kerana ia belum pasti akan selamaya

Buat pelajarku yang sentiasa dikasihi,
kita sering mahukan hari yang CERAH,
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikat HUJAN perlu diturunkan ,
kita sering inginkan KESERONOKAN,
jauh sekali KESUSAHAN,
tetapi Allah lebih mengetahui,
KESUSAHAN itu mengajar erti KEHIDUPAN,
kita sering inginkan KETENANGAN,
hakikatnya diri penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN,
tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN,
semua itu bukanlah HUKUMAN,
tapi sebagai tanda KASIH SAYANG Allah
agar lebih BERIMAN,
kadang-kadang kita berdoa memohon untuk KUAT,
tapi kenapa datang banyak DUGAAN,
kadang-kadang minta KECERDIKAN,
tapi masalah pula yang selalu timbul,
kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAN,
tapi HURU-HARA yang datang,
DUGAAN itulah yang menjadikan MENTAL kita kuat,
MASALAH itulah yang akan menjadikan kita manusia yang sering BERFIKIR,
dan huru-hara itulah yang menjadikan kita TABAH,
Hebatkan ALLAH wahai pelajarku sekelian?
semuanya ada HIKMAH yang tidak dapat disingkap oleh mata kasar,
itulah tanda ALLAH mengasihi HAMBANYA,

ingat wahai pelajarku,
cinta manusia cinta bersyarat,
namun cinta Allah cinta hakiki,
Allah membuka cintaNya kepada sesiapa sahaja hambaNya,
tidak kira paras,harta mahupun kedudukan,
cinta manusia cinta bermusim,
namun cinta Allah tidak bertepi,
cinta manusia cinta terbalik,
bila sakit diberikan ubat,
bila gembira melampau-lampau,
namun cinta Allah..
bila berdosa diberikan sakit sebagai penghapus dosa,
bila gembira diberikan peringatan,

cinta manusia cinta sementara,
bila tidur pasti meninggak kekasihnay,
namu8n cinta Allah cinta hakiki,
Allah kepingin mendengar suara dan rintihan hambanYa di 1 per 3 malam,
ketika manusia lain sedang lene diulit mimpi..

Hebatkan Allah?
Agungkan cinta Allah?

itulah kisahnya,tidak pelik rabiatul adawiyah menolak cinta manusia,
tidak hairan Masyitah sanggup terjun kedalam periuk menggelegak,
hanya kerana CINTA Allah...

dimanakah kita wahai pelajarku sekelian??
bersamalah kita mengejar CINTA Allah,
biarlah setiap langkah kota menujuNya
akan dihisab denagn penuh kasih sayang...
janagn kau relakan dirimu mencintai dunia dan isinya...
sebelum hatimu menjadi milik Allah...
relakan dirimu memendam segala impian yang tersimpan,
kerana natijahNya kebahagian sedang menunggumu dihadapan,

wahai pelajarku sekelain,
hukumlah lalai dan lekamu itu,
kerna hakikatnya CINTA Allah lebih berhak
untuk kau sinari kedalam hatimu,
Cintailah Allah kerana Allah amat menyintaimu.....




Monday, April 13, 2009

~sEL0kA bEbUdAK 3P1 ~09


Lafaz bismillah pemanis bicara

Ucapan ASSALAMUALAIKUM pengindah kota

Ini kisah bebudak 3p1

Sokmo hepy tak kira masa



Sebelum kisah kami bermula

Ingin kami mendahulukan impian

Impian kami,menaikkan nama MADA di mata dunia

Semoga ALLAH ,menghajati apa yang kami impikan



Bermula sudah cerita kami

Ustazah DIANA kami dahulukan

Orangnya manis cantik rupawan

Mengajar AL-QURAN penuh dedikasi

Sabar menghadapi kenakalan kami



Tiba giliran RAISAH kami,orangnya periang setiap hari

Bila kelas dah jadi pasar ikan

RAISAH meradang satu kelas sunyi

WAN MAS SYAMILA di beri nama

Menjadi RAISAH tanggung jawab diberi



Cantik manis ceria sekali

Orangnya sederhana dan baik hati

Naib raisah jawatan diberi

FATIHATUN NAJIHAH empunya diri



Subjek math terror sekali

Sometimes serius some times hepy

AISYATUN NAJWA nama diberi

Semoga berjaya suatu hari nanti



Pakar English bijak sekali

Speaking London setiap hari

AMIRAH NADHILAH it's me

Result gempak target SPM nanti



Orangnya kecil comel sekali

Sekali pandang nak pandang lagi

Kalau belajar serius sekali

Kalu nak kenal itulah IZZATI




Disini ada 2 org rakan sejati

Kemana-mana tak boleh berpisah

Kerja dorang duduk mengulang kaji

Siapa lagi kalau bukan AMALINA dan IZZAH



MUJAHIDAH NASUHA berotak geliga

Rahsia dia makan ulam pegaga

Cita-cita nak jadi pendakwah terkemuka

Tapi tak sempat Tanya dia pening kepala



Orangnya kiut kecil sekali

Sejak dulu tak tinggi-tinggi

Katanya nak jadi seorang HAFIZAH

Itulah SHAHIDAH panggilan diri



Sape tak kenal SYAIDATUL NABILAH

Bab bercerita..fulamak..!boleh gempa bumi

Apakah petua tolong ajarkan

Kalau boleh tunjuk sekali



Ini dia gadis rupawan

Ingin berjaya itulah impian

Kononnya mumtaz dok dalam tangan

NUR AZFAR itulah gerangan



Mereka baru masuk bulan mac

Kedatangan mereka penambah seri

Kadang-kadang suka menyendiri

Mereka itu FATIN dan HIDAYAH



Sukar ditafsiri lagi diteka

Apa hajatnya dating kesini

WASILAH HAWA nama penuhnya

Manalah tahu best student tahun ni



YUSAIRAH ZULKIFLI kami kenalkan

Orangnya lawa bolehla tahan

Kalau sesiapa rasa berkenan

Bolehlah kami tolong rekemenkan



Ikutlah kisah QISTINA dan IEKA

Dua-dua cerdik,dua-dua naughty

Melawak bodoh merekalah kaki

Bila tiada kelas sunyi sepi



Ceria dengan senyuman mesra

waraga 3p1 bahagia sentiasa

janganlah ada dendam sengketa

eratkanlah ukhuwah setiap masa



Harapan kami naklihat pelajar MADA berjaya

bukan di sekolah sahaja bahkan di dunia

ingtlah warga MADA sekalian

naikkan MADA di mata dunia


Sunday, April 12, 2009

KeM MoTiVaSI PeLajAr MadA30


pada hari selalsa bertarikh,7.04.09....kitorang g kem motivasi..korang nk taw x kt ner??hehe..kat pantai GELORA BEACH RESORT..semua pelajar terlibat..bertolak dari skolah ke gelora beach resort pada pukul 9.00pg..huhu..masew dok dalam bas x sabar2 nk dngr motivasi n nk g maen pantai..nk reast kan otak..huhu..

YAHOOOOO!!!!dah sampai..dah smpai...lepas dah smpai mestila cari tmpat mnginap kan..tmpat mnginat kotorang cukp selesa..tngk r kat atas 2...come ark??haha..biler dah settle berebut katil,brbut dorm,berebut bantal,berbut tandas...ad taklimat...lepas taklimat,kitew orang rest jap..pas 2 dah tukar baju n semue hal dah settle..ad motivasi drpada pensyarah...kitorang kene hafal lagu tema aw..tajuk nyer...DEMI MATAHARI...lagu nie tntng ALLAH bersumpah..huhu..
lepas 2..ustazah2 bg kmpln...waaaaaaaaaaa!!! pecooh doh la nga kawan2...niey y x best...tp tujuan semue niey untuk mengerat kan UKHUWAH diantara kakak n adik2...huhu

pada petang 2...kitorang mandi pantai...best sngt...lame x jmpew pantai..hehe...budok darat..kekeke..ad y x mandi..p0yo mached...haha..gurau jer..lepah mandi pantai 2,ad orang laki kg. x berapa betul mental,tngk jer kami dok maen air..pah 2..dio baling mcm2 barang kat kitorang,cam takot r kitorang kan..huhuu..kitorang trus lari mnyelamatkan diri dari orng y x berapa siuman 2...takoooo000t...n tr0os g makan mengisi per0ot y tlh brbunyi..maser tgh makn 2..orang y x siuman 2 ad kat pintu depan resort..die dok tngk2 jer kitorang tngh makan..mybe r..die 2 lapar kot..hahahaha..

malam2 kotorang x tidow taw...nk taw wat pew??????
knew brjage malam,ronda2 dorm kitorang..tak0ot ad antu mas0ook..kang susah 2..hehehe..tp..set2 niey buke jge pown..dok gurau,ngayat2,ngupat,ceramoh,bual..mace la ado..ad balako...ore pue phm2 la..haha..

pd pagi 2..kitorang tngk kebesaran ALLAH...dngn langt terbentang indah bersama angin sepoi2 bahasa..ombak y menenangkan..dan matahari y memancar indah...sungguh besar ciptaan ALLAH..x terkata n terkira..ALLAHUAKBAR!!SUBAHANALLAH!!

PAH2 gak nyo..ad explorace,ad menguji minda n paling banyak dngr ceramah n motivasi...insaf sero...huhu..banyok sangt kami dapat ilmu dan pengajaran dari semue niey...

tibalah...kami berpisah dngn GELORA BEACH RESORT...kami bertolak dari beach resort ke MADA pada pukul 11.00pagi..sedih serro..waaaaaaaaaaa!!
banyak kenangn y kami tinggal di GELORA BEACH RESORT...

Kami di sini mngmbil kesmpatan mngucapkan ribuan terima khasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengnjurkan progrm y amat bermakna bagi kami..

Tuesday, March 31, 2009

Selamat berkunjung ke Teratak 3P1 MADA


Assalamualaikum semua..

Terima kasih kepada sesape yang tersinggah dan sudi menjenguk teratak kami ini. Kami semua adalah pelajar Tingkatan 3P1 Maahad Darul Anuar @ MADA 2009.

Blog ini sebagai penghubung dan pengerat kasih sayang antara kami dan semua pihak di luar sana khususnya buat guru-guru MADA yang kami kasihi.

Kami mendapat respon baik daripada semua pengunjung teratak kami ini. Kepada yang lebih tua, sudi-sudilah kongsikan ilmu anda semua dan bimbing kami apa yang patut.

Kepada semua pelajar MADA marilah kita berganding bahu memartabatkan MADA ke mercu kejayaan.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kami yang kecil ini dan membuka pintu hati kami untuk menerima ilmu daripada para guru kami. Amiin.

3P1 MADA.

From Faverite

Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
8 years ago
Best Holiday Travel Tips
13 years ago
Doa orang yang Taubat
14 years ago
suasana kelas 4 asma' abu bakar....
16 years ago

Kategori