
assalamualaikum semua..
kepada teman-teman 3P1 MADA diucapkan selamat bercuti hujung minggu.. kebetulan minggu ni panjang cutinya selama 3 hari hingga hari Ahad. huhu.. boring gak ye kalau cuti lama-lama ni..
rindu kat MADA lak.. hehe.. jadi hari Isnin ni lah baru dapat jumpa semua kawan-kawan semua. di kesempatan ini kami nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan dorongan semangat untuk kami meneruskan perjuangan di alam maya ini..
dari awal lagi niat kami tetap tak berubah iaitu menaikkan nama MADA, sekolah tempat kami menimba ilmu pengetahuan daripada ustaz dan ustazah kami.. terima kasih semua guru-guru kami yang tak jemu-jemu mendidik kami.
Kami akui adakalanya terdapat perlakuan kami yang mengguris hati guru-guru kami, terutama guru kelas kami, Ustazah Diyana.. justeru kami mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. harap maafkanlah kami..
kepada kawan-kawan lain semoga sudah bersedia menghadapi peperiksaan mid year yang bakal menjelang tak lama lagi.
selamat maju jaya buat semua.. bertemu lagi di lain kesempatan.
Bismillah. Selamat Tahun Baru 2018
8 years ago

