Salam perjuangan buat sahabat dan pengunjung semua..
dengan sedihnya huhuhu.. kami nak maklumkan kepada semua.. teratak Srikandi 3P1 ini telah berpindah ke alamat baru di alamat berikut: http://pejuang-omari.blogspot.com
jadi.. buat semua kawan-kawan dan pengunjung setia teratak 3P1 ini dijemput memeriahkan teratak kami di alamat baru tersebut.. alaaa.. jangan malu-malulah ye.. buat cam biasa je, takde apa yang lainnya.. just tukar nama dengan harapan kami dapat meneruskan kesinambungan perjuangan blog ini pada masa akan datang.
kalau dah pindah tu macam mana dengan teratak lama kami ini? ohh.. teratak lama ini kekal sebagai memori buat kami.. maklumlah walau pun masih baru tapi banyak sangat kenangan di teratak lama ini.. jadi coretan yang telah kami nukilkan di sini akan kekal di sini..
di kesempatan kami nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada sahabat-sahabat, guru-guru dan semua pihak yang memberi sokongan kepada usaha kami. Tak lupa sekali buat guru ICT kami yang tak jemu memberi tunjuk ajar dan banyak memberi sokongan moral kepada perjuangan kami di MADA. thanks a lot.. semoga Allah membalas segala pengorbanan kalian semua.. amiin..
wassalam.. jumpa di teratak baru..
Sunday, May 10, 2009
PiNdAh Ke TeRaTaK bArU..
Posted by Pejuang al-Omari at 2:36 PM 0 comments
Saturday, May 9, 2009
MaAfKaN kAm!..
assalamualaikum semua..
kepada teman-teman 3P1 MADA diucapkan selamat bercuti hujung minggu.. kebetulan minggu ni panjang cutinya selama 3 hari hingga hari Ahad. huhu.. boring gak ye kalau cuti lama-lama ni..
rindu kat MADA lak.. hehe.. jadi hari Isnin ni lah baru dapat jumpa semua kawan-kawan semua. di kesempatan ini kami nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan dorongan semangat untuk kami meneruskan perjuangan di alam maya ini..
dari awal lagi niat kami tetap tak berubah iaitu menaikkan nama MADA, sekolah tempat kami menimba ilmu pengetahuan daripada ustaz dan ustazah kami.. terima kasih semua guru-guru kami yang tak jemu-jemu mendidik kami.
Kami akui adakalanya terdapat perlakuan kami yang mengguris hati guru-guru kami, terutama guru kelas kami, Ustazah Diyana.. justeru kami mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. harap maafkanlah kami..
kepada kawan-kawan lain semoga sudah bersedia menghadapi peperiksaan mid year yang bakal menjelang tak lama lagi.
selamat maju jaya buat semua.. bertemu lagi di lain kesempatan.
Posted by Pejuang al-Omari at 6:20 PM 2 comments